Wednesday, January 14, 2009

Salam sejahtera kepada Rakyat Setiu

MUKADDIMAH

Kami mencipta BLOG ini untuk cadangan, aduan dan saranan
dari semua pihak samada dari kakitangan kerajaan atau rakyat Setiu....

1. Alhamdulillah, saya bersyukur kepada Allah kerana kita semua berada dalam keadaan sihat dan aman.Kepada semua rakyat dan kakitangan kerajaan di Setiu kami mengucapkan tahniah di atas kerjasama dan perkhidmatan anda. Semuga kita sentiasa menjalin hubungan mesra sesama kita,peka terhadap tugas yang diamanahkan dan kita semua sentiasa bertanggungjawap terhadap diri,keluarga dan rakyat jelata amnya.Ingatlah kita semua samada rakyat dan pemimpin disoal bukan sahaja semasa hidup malah akan disoal di akhirat nanti oleh Allah.

2. Kami rakyat Setiu berterima kasih di atas segala kemudahan frasarana fizikal dan rohani yang disediakan selama ini oleh semua pihak seperti Pejabat Tanah dan Daerah, Majlis Daerah, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Parit dan Saliran, Jabatan Kesihatan dan Hospital,Felda, Jabatan Perikanan, Jabatan Polis, Jabatan Haiwan, Jabatan Pertanian, Jabatan Kebajikan,Jabatan Pelajaran, Jabatan Bomba dan lain-lain pihak yang tidak disebutkan di sini.Sesungguhnya semua perkhidmatan dan bimbingan yang diberikan itu tidak dapat kami balas.

3. Apapun, bagi menambah nilai terhadap perhidmatan dan kemudahan yang diberikan oleh pihak yang disebutkan di atas, kami sebagai rakyat Setiu akan sentiasa memerhatikan kelebihan dan kekurangan yang ada dan akan melaporkannya kepada pihak yang berkenaan agar kedua-dua pihak, rakyat dan kerajaan akan setiasa memperbaiki sistem penyampaian masing-masing.Anggaplah aduan, cadangan dan saranan yang diberikan oleh pihak rakyat atau kerajaan di Setiu melalui ruangan atau blog yang dibina khusus ini adalah bertujuan baik dan positif dan tidak berhasrat untuk menyinggung apatah lagi memfitnah mana-mana pihak."Katakan, catatkan dan laporkan kebenaran itu walaupun ianya pahit".

4. Kepada DO Setiu baru, YDP MDSetiu baru dan Ketua jabatan kerajaan di Setiu selamat bertugas....dan jawablah surat-menyurat dari rakyat dengan elok dan berdasarkan fakta.Permohonan apa-apa dari rakyat jangan terus ditolak tanpa kajian. Ambillah pandangan dari semua pihak A atau B jika tidak kamu dan kami rakyat yang bersamamu akan berdosa.Maaf.
Seterusnya sekalung tahniah diucapkan kepada rakan-rakan blogger yang bersengkang mata memberi pendapat dan cadangan yang baik bagi membina blog khusus untuk rakyat dan kerajaan Setiu ini.Apa yang baik itu adalah datang dari Allah dan sebarang kesilapan yang berlaku adalah datang dari kelemahan kami sendiri.

5. Akhirnya kami menjemput anda rakyat Setiu membaca, berfikir dan membuat penilaian terhadap buah tangan kami ini.Anda seorang yang bijak kerana anda sanggup mendengar pandangan kedua dari orang lain, dan buat skuad Sinar Harian Setiu kami mengucapkan terima kasih di atas penyiaran berita di akhbar anda setelah mendapat aduan dari kami dulu, kini dan selamanya.

Tunggu buah tangan seterusnya dari kami....Sekian Wassalam.

No comments:

Post a Comment